NURIN NATASHA BINTI MAT PERGAU (D20211098445)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
merupakan satu usaha kerajaan untuk membangunkan taraf pendidikan rakyat di
Malaysia. Falsafah pendidikan ini dapat dikatakan sebagai pedoman, arah tuju
atau pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh hal
demikian, FPK digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis,
berlandaskan daripada ideologi Negara sebagaimana yang dimanifestasikan dalam
laporan dasar pendidikan, termasuklah Rukun Negara. Justeri itu, bagi
menjayakan keberhasilan Pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK), usaha daripada pihak Kementerian Pendidikan dan juga pihak
guru sangat diperlukan. Peranan Kementerian Pendidikan merupakan usaha atau
pendekatan strategi untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti
yang dinyatakan dalam buku dasar pembangunan pendidikan kebangsaan. Strategi
ini merangkumi tiga bidang utama iaitu pembangunan insan, pembangunan sumber
pendidikan, dan penyelidikan dan pembangunan.
Pertama, pembangunan insan.
Pembangunan insan ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu. Hal ini menyebabkan pembangunan insan menjadi salah satu usaha
untuk menjayakan keberhasilan pendidikan kerana dalam stategi pembangunan insan
ini ia memberi penekanan kepada beberapa perkara. Antaranya ialah penyediaan
kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungan mengikut keperluan semasa.
Ini supaya dapat membolehkan guru membekalkan kurikulum yang sesuai dan
terbaharu mengikut perkembangan keperluan semasa pelajar agar pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh dapat digunakan dengan baik. Selain daripada
penyediaan kurikulum yang relevan, strategi pembangunan insan ini juga
menekankan kepada penyediaan sistem penyampaian yang berkesan iaitu dengan
memperkenalkan sistem teknolgi yang canggih seperti ICT kerana penggunaan
teknologi canggih seperti ICT sangat penting terutama pada masa sekarang dan
masa hadapan. Strategi pembangunan insan ini juga memberi penekanan kepada
peningkatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidang dan pendekatan
alternatif, misalnya pendidikan jarak jauh dan kursus profesional.
Bidang pembangunan sumber pendidikan
merupakan usaha dan peranan seterusnya pihak kementerian pendidikan yang
bertujuan untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti. Bagi
pembangunan sumber pendidikan ia juga telah memberikan penekanan kepada
beberapa perkara seperti penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap
dan terkini iaitu dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru, prasarana
serta program sokongan dari semasa ke semasa dan semestinya ia perlu mengikut
keperluan semasa. Guru yang berkualiti ini hendaklah mempunyai tahap amalan
nilai profesional keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran Pengajaran
dan Pembelajaran. Seterusnya ialah pelaksanaan program pendidikan mengikut
perancangan iaitu dengan memastikan bahawa Matlamat Pendidikan dan Rancangan
Malaysia tentang keperluan tenaga mahir dapat dicapai. Hal ini termasuklah juga
peningkatan keberkesanan proses pengajar yang berkualiti serta persekitaran
pembelajaran yang kondusif, termasuk kemudahan internet dan multimedia.
Peranan terakhir pihak kementerian
pendidikan ialah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Usaha penyelidikan
dan pembangunan ini bertujuan untuk mengemas ilmu, membaiki serta
mempertingkatkan sistem pendidikan kebangsaan dari semasa ke semasa. Oleh sebab
itu, strategi menggalakkan penyelidikan dan pembangunan akan memberi tumpuan
kepada penyediaan tenaga pakar untuk penyelidikan iaitu dengan mengajar program
latihan bagi guru pakar dan pegawai pendidikan untuk meningkatkan kemahiran
menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Selain itu, dalam strategi R&D
ini akan mencari sumber kewangan untuk membiayai projek penyelidikan dan
pembangunan dalam pendidikan dan juga akan merangka dasar pendidikan untuk
menggalakkan penyelidikan pendidikan. Jadi, ini akan membantu dalam penghasilan
guru yang berkualiti.
Selain daripada peranan pihak
kementerian pendidikan, peranan guru juga diperlukan untuk menjayakan
keberhasilan pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Sehubungan dengan itu, usaha guru untuk menjayakan keberhasilan
pendidikan seperti yang termaktub dalam FPK ini adalah ditumpukan kepada
penekanan-penekanan seperti pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat
berjaya memperkembangkan potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek secara keseluruhan dan bersepadu.
Seterusnya, pelaksanaan pengurusan
dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana. Hal ini supaya kemudahan
pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum serta
dalam keadaan yang baik dan selamat.
Selain itu, pelaksanaan perhubungan
dengan masyarakat melalui usaha mewujudkan perkongsian pintar di antara sekolah
dengan masyarakat juga diperlukan. Hal ini demi melahirkan semangat kerjasama
supaya dapat membantu pembangunan sekolah iaitu baik dalam sumber kewangan
mahupun tenaga yang diperlukan.
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) ini berfungsi sebagai panduan kepada pendidik untuk terus
produktif dan kreatif dalam melaksanakan pendidikan sama ada dalam bidang
kurikulum mahupun kokurikulum. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi
sumber yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di
dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan dengan
ini jugalah FPK digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan
dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan
individu, masyarakat dan negara. Justeru itu, untuk menjayakan keberhasilan
pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru
memainkan peranan yang sangat penting dalam pelaksanaan strategi-strategi dan
usaha yang ditentukan seperti yang telah dihuraikan di atas.
RUJUKAN
Zaini Abdullah. (2021), Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar. Tanjong Mlaim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
1. https://www.slideshare.net/HayatuNMustapHa/falsafah-pendidikan-kebangsaan-28333510
No comments:
Post a Comment