KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

             

NURUL FATIN NABILA BINTI AZMAN (D20211098443)


       Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan garis panduan pendidikan yang mengandungi pelbagai isu penting yang berkaitan dengan pendidikan , yang terdiri daripada nilai-nilai , prinsip , dan hala tuju pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dilihat berdasarkan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan  untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan  diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Oleh hal yang demikian Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mampu memberi kepentingan kepada perkembangan pendidikan di Malaysia.


MEMPERKEMBANGKAN POTENSI  INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU

                  Kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan  terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Potensi individu seharusnya dilaksanakan seiring kerana pontensi individu yang dilaksanakan secara berasingan akan mengakibatkan potensi individu itu tidak sempuna. Oleh hal yang demikian dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat meningkat lagi potensi para pelajar dengan cara melibatkan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang mampu untuk membentuk para pelajar yang berilmu pengetahuan , berkemahiran dan berakhlak mulia dengan lebih sempurna. Potensi yang ada pada diri setiap pelajar harus dikembangkan lagi sehingga ke tahap yang lebih tinggi supaya bakat dan kebolehan yang ada mampu untuk menyumbang kepada pendidikan di Malaysia. Sebagai contoh para pelajar hanya berbakat dan berkebolehan dalam bidang kurikulum sahaja. Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini membolehkan para pelajar dapat menyeimbangkan potensi dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani dengan melibatakan diri dalam aktiviti kokurikulum. Justeru itu  pendidikan di Malaysia mampu diperkembangkan dengan lahirnya para pelajar yang seimbang dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani .


MEMBANGUNKAN PELAJAR SECARA SEIMBANG DAN HARMONIS

                  Kepentingan Falsafah pendidikan kebangsaan juga mampu untuk membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis. Keseimbangan yang dimaksudkan adalah tidak hanya tertumpu kepada sesuatu perkara yang menyebabkan perkara yang lain terabai atau tidak diambil peduli. Keseimbangan dalam diri seseorang individu seharusnya memperkembangkan potensi diri secara optimun dan menyeluruh yang mencakupi aspek intelek, rohani ,emosi dan jasmani. Manakala harmonis pula dapat dibentuk apabila seseorang tersebut memilki ilmu pengetahuan , berakhlak mulia , berfikiran secara rasional , berpegang kepada agama dan mempunyai kematangan dari segi emosi dan sosial. Oleh hal yang demikian , Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini memberi kepentingan kepada para pelajar dan pendidik untuk sentiasa bertanggungjawab terhadap sesuatu tugasan dan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh , walaupun memeilki ilmu pengetahuan dan kebijaksanan tetapi tidak mampu untuk mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi pekerti maka individu yang seimbang dan harmonis sukar untuk dibentuk. Sehubungan dengan itu , didalam sistem pendidikan perlu menerapkan nilai-nilai moral dan tuntutan yang diajar didalam agama supaya pelajar akan sentiasa menjalani kehidupan dan menjadi insan yang seimbang dunia dan akhirat disamping memiliki sifat keharmonian yang tinggi. 

         Tambahan pula membangunkan pelajar yang seimbangan dan harmonis dalam pendidikan akan membolehkan mutu pendidikan di Malaysia lebih berkualiti dan menjadi pusat pendidikan yang mampu meningkatkan kemajuan dan imej negara di peringkat antarabangsa. Pelajar yang seimbang dari segi pelajaran dan dari segi sahsiahnya akan disanjungan dan menjadi tumpuan kepada masyarakat luar untuk turut menanam sifat sebegitu. Selaras dengan itu , pendidikan di Malaysia akan lebih mampan dan stabil disamping lebih ramai insan - insan yang profesional , berkemahiran tinggi serta berakhlak mulia dapat dilahirkan. 


MENJADIKAN PENDIDIKAN SEBAGAI SATU USAHA YANG BERTERUSAN

        Seterusnya , menjadikan pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan adalah kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap perkembangan pendidkan di Malaysia. Menjadikan pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan dapat dijelaskan dimana pendidikan adalah satu proses pemulihan dan pemindahan pengetahuan , menerapkan nlai-nlai murni , berkemahiran yang bermula dari kecil  dan kemudiannya berterusan pada peringkat rendah , menengah dan akan dibawa sehingga akhir hayat. Hal ini demikian kerana , ilmu dan pendidikan yang dilaksanakan bukan sekadar untuk melaksanakan keberkesanan sistem pendidikan , malah ilmu dan dan didikan yang diperolehi digunakan untuk masa hadapan sama ada dalam bidang kerja , penyesuain hidup , pembentukan jati diri dan pelbagai lagi. Sebagai contoh , pengetahuan agama yang diperolehi bukan hanya sekadar digunakan ketika belajar sahaja , malah ilmu agama tersebut perlu diamalkan didalam kehidupan untuk meningkatkan ketaqwaan dan menjadi sebaik manusia yang memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada masyarakat sekeliling.

          Menjadikan pendidikan sebagai usaha yang berterusan dapat dijelaskan lagi pada peringkat awal pendidikan diperolehi dirumah iaitu menerapkan pendidikan asas di rumah seperti menulis , mengenali persekitaran dan kemudiannya melalui proses pendidikan di tadika atau Pra-sekolah. Semasa proses ini pelajar akan didedahkan bagaimana untuk menjaga tatasusila , menerapkan agama dalam kehidupan dan memberi bimbingan kepada mereka supaya mereka dapat melalui proses pembesaran yang stabil dari segi kerohanian , jasmani , emosi dan intelek. Proses pendidikan ini berterusan sehinggalah peringkat pengajian tinggi  yang membantu para pelajar untuk membentuk pemikiran yang matang dan berinovasi . Segala ilmu yang diperolehi akan disampaikan dan disumbangkan kepada semua masyarakat yang membolehkan ilmu yang ada sentiasa berterusan. Hasil  daripada pendidikan ini maka insan yang berilmu pengetahuan , berakhlak mulia dan menjadi tenaga mahir dapat dilahirkan di negara ini.


MEMBENTUK INSAN YANG BERPEGANG KEPADA KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN

      Selain itu , kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk membentuk insan yang berpegang kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Hal ini selaras dengan prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Setiap individu memiliki kepercayaan dan agama masing masing yang mengajar dan menjadi paduan untuk kita meneruskan hidup didunia ini. Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini memastikan setiap individu dapat meningkatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan melalui pendidikan dengan memberikan ilmu yang lebih mendalam dan lebih meluas supaya mereka dapat mengamalkannya didalam kehidupan. Perintah ,arahan , suruhan yang di tuntut didalam agama amatlah penting untuk dititikberatkan didalam kehidupan bagi mengawal diri daripada perkara yang memudaratkan. 

          Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila mereka mengakui wujudnya pencipta yang mana yang mempunyai kuasa yang menjadikan , menguasai dan mentadbir dan menentukan perjalan hidup setiap manusia di dunia ini. Mereka juga perlu mempercayai alam ini tidak terjadi dengan sendirinya malah memiliki penciptanya dan hukum- hukum yang adalah hukum-hukum tuhan yang mentadbir alam ini yang perlu di patuh dan dilakasanakan. Oleh hal yang demikian , patuh dan taat kepada tuhan adalah wajib supaya memperolehi kehidupan yang sejahtera dunia mahupun di akhirat. Justeru itu kepentingan yang diperolehi daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat melahirkan modal insan yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab , berkelakuan baik dan mampu menghidari diri daripada melaksanakan perkara yang membawa kejahatan.


MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN

         Akhir sekali , Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan adalah elemen yang penting untuk di tingkatkan sama ada melalui pembacaan , pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaat kepada keluarga, rakan dan masyarakat untuk dikongsi bersama agar kesejahteraan diri dapat ditingkatkan. Seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan akan sentiasa membuat pembacaan , mengkaji dan mencintai ilmu supaya ilmu yang ada dapat disampaikan dengan baik dan sempurna kepada orang lain. Pentingnya ilmu pengetahuan ditekankan dalam setiap individu adalah setiap sesuatu yang dilakukan di dalam kehidupan seharian memerlukan ilmu dan pengetahuan untuk melaksanakannya. Sekiranya ilmu pengetahuan yang ada tidak mencukupi akan menjadi halangan kepada seseorang untuk meneruskan kerja atau perkara yang dilaksanakan.malah sebagai orang memiliki ilmu pengetahuan seharusnya memberikan dan meyebarkan ilmu yang ada tanpa bersifat tkedekut dan sombong dengan ilmu yang dimiliki. 

          Ilmu pengetahuan dalam sistem pendidikan boleh diperolehi dalam pelbagai bidang sama ada ilmu agama , sains matematik dan pelbagai lagi bidang kemahiran. Didalam sistem pendidikan ada menekankan mata pelajaran yang membantu pelajar membentuk sahsiah diri seperti pendidikan agama islam bagi pelajar islam dan pendidikan moral bagi yang bukan beragama islam. Mata pelajaran ini dapat melatih dan memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar terhadap pendidikan agama yang perlu mereka hayati dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Perkara ini memberi kesan kepada para pelajar yang pada awalnya tidak memiliki ilmu dalam sesuatu topik. Apabila mereka mempelajari mereka dapat memahami disamping dapat berkongsi ilmu yang difahami kepada rakan yang tidak mengetahui dan tidak memahami. Oleh hal yang demikian Falsafah Pendidikan kebangsaan  ini amat mementingkan elemen masyarakat yang berilmu pengetahuan supaya ilmu pengetahuan yang ada pada setiap orang dapat membentuk pemikiran yang rasional , bersifat terbuka , mampu berfikir secara kritis dan kreatif dan mampu  memberi sumbangan kepada masyarkat. Terbuktilah bahawa melahirkan rakyat Malaysia  yang berilmu pengetahuan adalah kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam memperkembangkan pendidikan di Malaysia.


       Kesimpulanya , Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah salah panduan yang berkesan dalam memperkembangkan pendidikan di Malaysia.  Falsafah pendidikan ini juga memberi pelbagai kepentingan dalam pendidikan di Malaysia agar pelaksanaan pendidikan di Malaysia mampu menandingi sistem pendidikan di peringkat antarabangsa. Kesejahteraan dan keharmonian rakyat mampu dikecapi dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Oleh hal yang demikian proses dan matlamat yang dibentuk dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini perlu dikekalkan dan ditambah baik supaya masyarakat yang berkeupayaan ,sejahtera , berkebolehan tinggi dan berilmu pengetahuan dapat dilahirkan.



                      
PENERANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 




Rujukan 

1. Abdul Rahman Arof dan Zakaria Kasa. (1995), Falsafah dan Konsep Pendidikan. (2nd ed.). Shah         Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Zaini Abdullah. (2021) , Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar.                Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian       Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Terlebih dahalu kami mengucapkan terima kasih kerana melayari blog kami.  Izinkan kami memperkenalkan...