IMPAK PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 


IMPAK PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA


NUR AIN NAJWA BINTI MOHD BUSTAMAN (D20211098446)

Dunia Pendidikan sentiasa menjadi tumpuan utama semua pihak dalam menuju ke arah negara maju. Hal ini kerana Pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembangunaan dan pemerkasaan pembangunan negara yang sumber tenaga kerja berkualiti datangnya daripada keberhasilan dan keberkesanan sistem Pendidikan. Oleh itu boleh dikatakan Pendidikan merupakan nadi pembangunan anak bangsa dan negara. Sistem Pendidikan yang tidak komprehensif dan ketidakcekapan akan menyebabkan berlaku menjejaskan usaha kerajaan untuk maju seiring peredaran masa.

Justeru itu, bagi memiliki sistem Pendidikan yang cekap dan komprehensif kerajaan perlu memperkasakan sistem Pendidikan.  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah digagaskan dan ditubuhkan dengan tujuan untuk meningkatkan status Pendidikan negara di mata dunia agar selaras dengan peeredaran dan perkembangan yang berlaku di negara maju lain. Oleh itu, dalam usaha mentransformasikan Pendidikan negara, peranan guru adalah hal yang paling utama harus dititikberatkan terutama impak yang didapati pelajar. Hal ini kerana, guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi para pelajar. Guru juga secara tidak langsung berperanan menerapkan nili-nilai murni dalam diri pelajar bagi melahirkan modal insan yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


MELAHIRKAN MODAL INTELEKTUAL YANG BERSEDIA MENDEPANI CABARAN MASA KINI

            Modal insan yang intelektual ini dapat diwujudkan dengan adanya guru yang mempunyai kemahiran professional dan kecerdasan emosi yang bagus. Hal ini dapat meningkatkan kadar penghasilan generasi yang berpendidikan, cinta akan ilmu, mempunyai kemahiran serta berakhalak baik selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kesan peranan ini penting untuk membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia. Kemahiran yang perlu diberi penekanan adalah kemahiran berfikir dan konstruktif yang mana para pelajar dididik menggunakan minda dan pemikiran aras tinggi bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai modal intelektual tinggi sebagai persediaan menghadapi era globalisasi. Antara kemahiran professional yang seseorang guru perlu ada ialah kemahiran belajar, komunikasi, berfikir, ICT, merancang, menilai, mengurus pemudahcaraan dan juga kemahiran mengajar. Oleh itu, agar semua guru menguasai kemahiran ini demi perkembangan sistem Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengadakan pelbagai kursus smada jangka Panjang atau pendek agar semua guru dapat menguasai kemahiran ini dan mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.




MELAHIRKAN MODAL INSAN BERDAYA SAING

            Guru berperanan untuk mengasah dan mencungkil potensi dan bakat terpendam para murid. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai kemahiran dan kelebihan yang berbeza-beza. Sesetengah potensi dan bakat tidak perlu digilap namun terdapat sesetengah bakat terpendam perlu dicungkil. Oleh itu, guru berperanan menjadikan murid mengetahui kelebihan dan kekurangan diri murid agar kekurangan dan keleebihan tersebut dapat dibaiki dn tidak dipersiakan begitu sahaja. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan kurikulum sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada di dalam diri murid dengan memberi penekanan kepada pendidikan berasaskan nilai murni sperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan nilai merentas kurikulum. Guru yang mengendalikan mata pelajaran tersebut akan berperanan dalam mengenal pasti bakat murid dan seterusnya menggilap potensi mereka.


GURU BERTINDAK SEBAGAI ROLE MODEL

Nilai merupakan kriteria yang penting dalam mengukur atau dikenali sebagai kayu ukur mutu sesuatu perkara.Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Maka, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti   peribadi, profesional, dan   sosial   yang   baik   dan   murni   supaya   dapatmenjalankan   tugas   sebagai   pendidik   dengan   sempurna.   Sebagai   ibu   bapa   keduakepada   murid-murid segala   nilai   dan   tingkah   laku   guru   menjadi   contoh   teladankepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secaratidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guruyang   beriltizam   akan   menjadi   role   model   kepada   para   pelajarnya.   Secara   tidaklangsung, guru berkenaan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan semasa berada di dalam bilik darjah.


MEWUJUDKAN GENERASI YANG BERFIKIRAN KREATIF DAN KRITIS

            Guru merupakan individu yang paling penting dalam memastikan murid dapat berfikiran dengan mempunyai pandangan dari pelbagai sudut dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Guru perlulah sentiasa mencari cara dan kaedah yang mampu menjana pemikiran pelajar agar tidak hanya tertumpu kepada permasalahan sahaja namun dapat memikirkan kesan, kelebihan, kekurangan, fungsi sesuatu masalah itu agar dapat membalikkan keadaan daripada masalah yang memberikan keburukan kepada kelebihan kepada murid. Oleh itu,guru   perlu   mempunyai   kemahiran   dan sentiasa   berupaya   berfikir   secara   inovatif   dan   kreatif. Peranan   guru seterusnya   ialah   sebagai   pendorong   pemikiran   kritis   dan   kritis   anak   muridnya. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung   dapat   memperkasakan lagi   gaya pemikiran  anak   muridnya agar menjana   idea-idea   yang   bernas   dan   kreatif yang dapat   melahirkan   murid   yang kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.


GURU BERPERANAN SEBAGAI PEMBIMBING

Dalam mencapai matlamat FPK, Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah perlu memastikan muridnya mempunyai kemahiran menangani masalah yang dihadapi di dalam kehidupannya. Oleh itu, peranan guru sebagai pembimbing dan kaunselor sangat penting dalam memastikan pembangunan manusia dan pembentukan jati diri pelajar yang berilmu dan boleh berfikir untuk membawa perubahan kehidupan manusia ke arah yang lebih selesa dan sempurna. Guru yang bertindak sebagai pembimbing akan membantu muridnya seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi dan bersedia dengan kemahiran bimbangan dan kaunseling untuk membimbing pelajar dalam proses pembinaan modal insan yang menepati acuan seperti mana yang termaktub pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

 

            Kesimpulannya, dalam Hasrat kerajaan mencapai matlamat FPK agar menjadikan sistem pendidikan setanding dengan negara maju lain seperti Korea Selatan, Amerika Syarikat dan juga Jepun. Kerajaan tidak seharusnya lupa akan betapa penting dan besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar guru yang mencurahkan segala keringatnya demi memastikan sistem Pendidikan negara berjalan lancar demi kelangsungan murid-murid di Malaysia ini. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan ini mampu meningkatkan lagi sistem Pendidikan kearah lebih baik agar semua warganegara Malaysia mampu mendapat manfaat dan belajar dengan cemerlang sesuai dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

 





RUJUKAN

 

Zaini Abdullah. 2021. Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dasar. Perak

Yuvarani Subramaniam. (2013). Cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insanhttps://www.slideshare.net/yuvaranisubramaniam/penulisan-akademik

Mary Yap Kain Ching. (2015). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/74472/guru-berperanan-lahir-pelajar-capai-standard-global

https://pdfslide.tips/documents/peranan-guru-dalam-merealisasikan-falsafah-pendidikan-guru.html

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Terlebih dahalu kami mengucapkan terima kasih kerana melayari blog kami.  Izinkan kami memperkenalkan...