PENGENALAN AHLI KUMPULAN


 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Terlebih dahalu kami mengucapkan terima kasih kerana melayari blog kami. 

Izinkan kami memperkenalkan diri kami. Kami merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tujuan blog ini dibina adalah untuk menjalankan tugasan kumpulan yang telah diamanahkan dalam subjek KPF3012. Tajuk tugasan kami adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) . Ahli kumpulan kami terdiri daripada 4 orang. Antaranya ialah : 



       NURUL FATIN NABILA BINTI AZMAN

 (D20211098443)

  SAINIE JASMIE 

(D20211098444)


       NURIN NATASHA BINTI MAT PERGAU 

(D20211098445)


       NUR AIN NAJWA BINTI MOHD BUSTAMAN 

(D20211098446)


Blog ini akan memaparkan kepada anda tentang: 

  • Kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia
  • Menterjemahkan bentuk dan proses pendidikan bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan 
  • Menjayakan keberhasilan pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 
  • Impak peranan guru kearah mencapai matlamat pendidikan di Malaysia

KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

             

NURUL FATIN NABILA BINTI AZMAN (D20211098443)


       Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan garis panduan pendidikan yang mengandungi pelbagai isu penting yang berkaitan dengan pendidikan , yang terdiri daripada nilai-nilai , prinsip , dan hala tuju pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dilihat berdasarkan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan  untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan  diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Oleh hal yang demikian Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mampu memberi kepentingan kepada perkembangan pendidikan di Malaysia.


MEMPERKEMBANGKAN POTENSI  INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU

                  Kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan  terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Potensi individu seharusnya dilaksanakan seiring kerana pontensi individu yang dilaksanakan secara berasingan akan mengakibatkan potensi individu itu tidak sempuna. Oleh hal yang demikian dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat meningkat lagi potensi para pelajar dengan cara melibatkan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang mampu untuk membentuk para pelajar yang berilmu pengetahuan , berkemahiran dan berakhlak mulia dengan lebih sempurna. Potensi yang ada pada diri setiap pelajar harus dikembangkan lagi sehingga ke tahap yang lebih tinggi supaya bakat dan kebolehan yang ada mampu untuk menyumbang kepada pendidikan di Malaysia. Sebagai contoh para pelajar hanya berbakat dan berkebolehan dalam bidang kurikulum sahaja. Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini membolehkan para pelajar dapat menyeimbangkan potensi dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani dengan melibatakan diri dalam aktiviti kokurikulum. Justeru itu  pendidikan di Malaysia mampu diperkembangkan dengan lahirnya para pelajar yang seimbang dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani .


MEMBANGUNKAN PELAJAR SECARA SEIMBANG DAN HARMONIS

                  Kepentingan Falsafah pendidikan kebangsaan juga mampu untuk membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis. Keseimbangan yang dimaksudkan adalah tidak hanya tertumpu kepada sesuatu perkara yang menyebabkan perkara yang lain terabai atau tidak diambil peduli. Keseimbangan dalam diri seseorang individu seharusnya memperkembangkan potensi diri secara optimun dan menyeluruh yang mencakupi aspek intelek, rohani ,emosi dan jasmani. Manakala harmonis pula dapat dibentuk apabila seseorang tersebut memilki ilmu pengetahuan , berakhlak mulia , berfikiran secara rasional , berpegang kepada agama dan mempunyai kematangan dari segi emosi dan sosial. Oleh hal yang demikian , Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini memberi kepentingan kepada para pelajar dan pendidik untuk sentiasa bertanggungjawab terhadap sesuatu tugasan dan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh , walaupun memeilki ilmu pengetahuan dan kebijaksanan tetapi tidak mampu untuk mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi pekerti maka individu yang seimbang dan harmonis sukar untuk dibentuk. Sehubungan dengan itu , didalam sistem pendidikan perlu menerapkan nilai-nilai moral dan tuntutan yang diajar didalam agama supaya pelajar akan sentiasa menjalani kehidupan dan menjadi insan yang seimbang dunia dan akhirat disamping memiliki sifat keharmonian yang tinggi. 

         Tambahan pula membangunkan pelajar yang seimbangan dan harmonis dalam pendidikan akan membolehkan mutu pendidikan di Malaysia lebih berkualiti dan menjadi pusat pendidikan yang mampu meningkatkan kemajuan dan imej negara di peringkat antarabangsa. Pelajar yang seimbang dari segi pelajaran dan dari segi sahsiahnya akan disanjungan dan menjadi tumpuan kepada masyarakat luar untuk turut menanam sifat sebegitu. Selaras dengan itu , pendidikan di Malaysia akan lebih mampan dan stabil disamping lebih ramai insan - insan yang profesional , berkemahiran tinggi serta berakhlak mulia dapat dilahirkan. 


MENJADIKAN PENDIDIKAN SEBAGAI SATU USAHA YANG BERTERUSAN

        Seterusnya , menjadikan pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan adalah kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap perkembangan pendidkan di Malaysia. Menjadikan pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan dapat dijelaskan dimana pendidikan adalah satu proses pemulihan dan pemindahan pengetahuan , menerapkan nlai-nlai murni , berkemahiran yang bermula dari kecil  dan kemudiannya berterusan pada peringkat rendah , menengah dan akan dibawa sehingga akhir hayat. Hal ini demikian kerana , ilmu dan pendidikan yang dilaksanakan bukan sekadar untuk melaksanakan keberkesanan sistem pendidikan , malah ilmu dan dan didikan yang diperolehi digunakan untuk masa hadapan sama ada dalam bidang kerja , penyesuain hidup , pembentukan jati diri dan pelbagai lagi. Sebagai contoh , pengetahuan agama yang diperolehi bukan hanya sekadar digunakan ketika belajar sahaja , malah ilmu agama tersebut perlu diamalkan didalam kehidupan untuk meningkatkan ketaqwaan dan menjadi sebaik manusia yang memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada masyarakat sekeliling.

          Menjadikan pendidikan sebagai usaha yang berterusan dapat dijelaskan lagi pada peringkat awal pendidikan diperolehi dirumah iaitu menerapkan pendidikan asas di rumah seperti menulis , mengenali persekitaran dan kemudiannya melalui proses pendidikan di tadika atau Pra-sekolah. Semasa proses ini pelajar akan didedahkan bagaimana untuk menjaga tatasusila , menerapkan agama dalam kehidupan dan memberi bimbingan kepada mereka supaya mereka dapat melalui proses pembesaran yang stabil dari segi kerohanian , jasmani , emosi dan intelek. Proses pendidikan ini berterusan sehinggalah peringkat pengajian tinggi  yang membantu para pelajar untuk membentuk pemikiran yang matang dan berinovasi . Segala ilmu yang diperolehi akan disampaikan dan disumbangkan kepada semua masyarakat yang membolehkan ilmu yang ada sentiasa berterusan. Hasil  daripada pendidikan ini maka insan yang berilmu pengetahuan , berakhlak mulia dan menjadi tenaga mahir dapat dilahirkan di negara ini.


MEMBENTUK INSAN YANG BERPEGANG KEPADA KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN

      Selain itu , kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk membentuk insan yang berpegang kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Hal ini selaras dengan prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Setiap individu memiliki kepercayaan dan agama masing masing yang mengajar dan menjadi paduan untuk kita meneruskan hidup didunia ini. Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini memastikan setiap individu dapat meningkatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan melalui pendidikan dengan memberikan ilmu yang lebih mendalam dan lebih meluas supaya mereka dapat mengamalkannya didalam kehidupan. Perintah ,arahan , suruhan yang di tuntut didalam agama amatlah penting untuk dititikberatkan didalam kehidupan bagi mengawal diri daripada perkara yang memudaratkan. 

          Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila mereka mengakui wujudnya pencipta yang mana yang mempunyai kuasa yang menjadikan , menguasai dan mentadbir dan menentukan perjalan hidup setiap manusia di dunia ini. Mereka juga perlu mempercayai alam ini tidak terjadi dengan sendirinya malah memiliki penciptanya dan hukum- hukum yang adalah hukum-hukum tuhan yang mentadbir alam ini yang perlu di patuh dan dilakasanakan. Oleh hal yang demikian , patuh dan taat kepada tuhan adalah wajib supaya memperolehi kehidupan yang sejahtera dunia mahupun di akhirat. Justeru itu kepentingan yang diperolehi daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat melahirkan modal insan yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab , berkelakuan baik dan mampu menghidari diri daripada melaksanakan perkara yang membawa kejahatan.


MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN

         Akhir sekali , Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan adalah elemen yang penting untuk di tingkatkan sama ada melalui pembacaan , pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaat kepada keluarga, rakan dan masyarakat untuk dikongsi bersama agar kesejahteraan diri dapat ditingkatkan. Seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan akan sentiasa membuat pembacaan , mengkaji dan mencintai ilmu supaya ilmu yang ada dapat disampaikan dengan baik dan sempurna kepada orang lain. Pentingnya ilmu pengetahuan ditekankan dalam setiap individu adalah setiap sesuatu yang dilakukan di dalam kehidupan seharian memerlukan ilmu dan pengetahuan untuk melaksanakannya. Sekiranya ilmu pengetahuan yang ada tidak mencukupi akan menjadi halangan kepada seseorang untuk meneruskan kerja atau perkara yang dilaksanakan.malah sebagai orang memiliki ilmu pengetahuan seharusnya memberikan dan meyebarkan ilmu yang ada tanpa bersifat tkedekut dan sombong dengan ilmu yang dimiliki. 

          Ilmu pengetahuan dalam sistem pendidikan boleh diperolehi dalam pelbagai bidang sama ada ilmu agama , sains matematik dan pelbagai lagi bidang kemahiran. Didalam sistem pendidikan ada menekankan mata pelajaran yang membantu pelajar membentuk sahsiah diri seperti pendidikan agama islam bagi pelajar islam dan pendidikan moral bagi yang bukan beragama islam. Mata pelajaran ini dapat melatih dan memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar terhadap pendidikan agama yang perlu mereka hayati dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Perkara ini memberi kesan kepada para pelajar yang pada awalnya tidak memiliki ilmu dalam sesuatu topik. Apabila mereka mempelajari mereka dapat memahami disamping dapat berkongsi ilmu yang difahami kepada rakan yang tidak mengetahui dan tidak memahami. Oleh hal yang demikian Falsafah Pendidikan kebangsaan  ini amat mementingkan elemen masyarakat yang berilmu pengetahuan supaya ilmu pengetahuan yang ada pada setiap orang dapat membentuk pemikiran yang rasional , bersifat terbuka , mampu berfikir secara kritis dan kreatif dan mampu  memberi sumbangan kepada masyarkat. Terbuktilah bahawa melahirkan rakyat Malaysia  yang berilmu pengetahuan adalah kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam memperkembangkan pendidikan di Malaysia.


       Kesimpulanya , Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah salah panduan yang berkesan dalam memperkembangkan pendidikan di Malaysia.  Falsafah pendidikan ini juga memberi pelbagai kepentingan dalam pendidikan di Malaysia agar pelaksanaan pendidikan di Malaysia mampu menandingi sistem pendidikan di peringkat antarabangsa. Kesejahteraan dan keharmonian rakyat mampu dikecapi dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Oleh hal yang demikian proses dan matlamat yang dibentuk dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini perlu dikekalkan dan ditambah baik supaya masyarakat yang berkeupayaan ,sejahtera , berkebolehan tinggi dan berilmu pengetahuan dapat dilahirkan.



                      
PENERANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 




Rujukan 

1. Abdul Rahman Arof dan Zakaria Kasa. (1995), Falsafah dan Konsep Pendidikan. (2nd ed.). Shah         Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Zaini Abdullah. (2021) , Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar.                Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian       Pendidikan Malaysia

 

MENTERJEMAHKAN BENTUK DAN PROSES PENDIDIKAN BAGI MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


SAINIE JASMIE (D20211098444)














MENJAYAKAN KEBERHASILAN PENDIDIKAN YANG DIMAKTUBKAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 NURIN NATASHA BINTI MAT PERGAU (D20211098445)


          Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan satu usaha kerajaan untuk membangunkan taraf pendidikan rakyat di Malaysia. Falsafah pendidikan ini dapat dikatakan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh hal demikian, FPK digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi Negara sebagaimana yang dimanifestasikan dalam laporan dasar pendidikan, termasuklah Rukun Negara. Justeri itu, bagi menjayakan keberhasilan Pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), usaha daripada pihak Kementerian Pendidikan dan juga pihak guru sangat diperlukan. Peranan Kementerian Pendidikan merupakan usaha atau pendekatan strategi untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang dinyatakan dalam buku dasar pembangunan pendidikan kebangsaan. Strategi ini merangkumi tiga bidang utama iaitu pembangunan insan, pembangunan sumber pendidikan, dan penyelidikan dan pembangunan.

          Pertama, pembangunan insan. Pembangunan insan ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini menyebabkan pembangunan insan menjadi salah satu usaha untuk menjayakan keberhasilan pendidikan kerana dalam stategi pembangunan insan ini ia memberi penekanan kepada beberapa perkara. Antaranya ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungan mengikut keperluan semasa. Ini supaya dapat membolehkan guru membekalkan kurikulum yang sesuai dan terbaharu mengikut perkembangan keperluan semasa pelajar agar pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat digunakan dengan baik. Selain daripada penyediaan kurikulum yang relevan, strategi pembangunan insan ini juga menekankan kepada penyediaan sistem penyampaian yang berkesan iaitu dengan memperkenalkan sistem teknolgi yang canggih seperti ICT kerana penggunaan teknologi canggih seperti ICT sangat penting terutama pada masa sekarang dan masa hadapan. Strategi pembangunan insan ini juga memberi penekanan kepada peningkatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidang dan pendekatan alternatif, misalnya pendidikan jarak jauh dan kursus profesional.

          Bidang pembangunan sumber pendidikan merupakan usaha dan peranan seterusnya pihak kementerian pendidikan yang bertujuan untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti. Bagi pembangunan sumber pendidikan ia juga telah memberikan penekanan kepada beberapa perkara seperti penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini iaitu dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru, prasarana serta program sokongan dari semasa ke semasa dan semestinya ia perlu mengikut keperluan semasa. Guru yang berkualiti ini hendaklah mempunyai tahap amalan nilai profesional keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran. Seterusnya ialah pelaksanaan program pendidikan mengikut perancangan iaitu dengan memastikan bahawa Matlamat Pendidikan dan Rancangan Malaysia tentang keperluan tenaga mahir dapat dicapai. Hal ini termasuklah juga peningkatan keberkesanan proses pengajar yang berkualiti serta persekitaran pembelajaran yang kondusif, termasuk kemudahan internet dan multimedia.

          Peranan terakhir pihak kementerian pendidikan ialah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Usaha penyelidikan dan pembangunan ini bertujuan untuk mengemas ilmu, membaiki serta mempertingkatkan sistem pendidikan kebangsaan dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, strategi menggalakkan penyelidikan dan pembangunan akan memberi tumpuan kepada penyediaan tenaga pakar untuk penyelidikan iaitu dengan mengajar program latihan bagi guru pakar dan pegawai pendidikan untuk meningkatkan kemahiran menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Selain itu, dalam strategi R&D ini akan mencari sumber kewangan untuk membiayai projek penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan dan juga akan merangka dasar pendidikan untuk menggalakkan penyelidikan pendidikan. Jadi, ini akan membantu dalam penghasilan guru yang berkualiti.

          Selain daripada peranan pihak kementerian pendidikan, peranan guru juga diperlukan untuk menjayakan keberhasilan pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sehubungan dengan itu, usaha guru untuk menjayakan keberhasilan pendidikan seperti yang termaktub dalam FPK ini adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan seperti pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembangkan potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek secara keseluruhan dan bersepadu.

          Seterusnya, pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana. Hal ini supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum serta dalam keadaan yang baik dan selamat.

          Selain itu, pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat melalui usaha mewujudkan perkongsian pintar di antara sekolah dengan masyarakat juga diperlukan. Hal ini demi melahirkan semangat kerjasama supaya dapat membantu pembangunan sekolah iaitu baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan.

          Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini berfungsi sebagai panduan kepada pendidik untuk terus produktif dan kreatif dalam melaksanakan pendidikan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi sumber yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan dengan ini jugalah FPK digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Justeru itu, untuk menjayakan keberhasilan pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pelaksanaan strategi-strategi dan usaha yang ditentukan seperti yang telah dihuraikan di atas.

 

 

 

RUJUKAN

Zaini Abdullah. (2021), Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar. Tanjong Mlaim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1. https://www.slideshare.net/HayatuNMustapHa/falsafah-pendidikan-kebangsaan-28333510

IMPAK PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 


IMPAK PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA


NUR AIN NAJWA BINTI MOHD BUSTAMAN (D20211098446)

Dunia Pendidikan sentiasa menjadi tumpuan utama semua pihak dalam menuju ke arah negara maju. Hal ini kerana Pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembangunaan dan pemerkasaan pembangunan negara yang sumber tenaga kerja berkualiti datangnya daripada keberhasilan dan keberkesanan sistem Pendidikan. Oleh itu boleh dikatakan Pendidikan merupakan nadi pembangunan anak bangsa dan negara. Sistem Pendidikan yang tidak komprehensif dan ketidakcekapan akan menyebabkan berlaku menjejaskan usaha kerajaan untuk maju seiring peredaran masa.

Justeru itu, bagi memiliki sistem Pendidikan yang cekap dan komprehensif kerajaan perlu memperkasakan sistem Pendidikan.  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah digagaskan dan ditubuhkan dengan tujuan untuk meningkatkan status Pendidikan negara di mata dunia agar selaras dengan peeredaran dan perkembangan yang berlaku di negara maju lain. Oleh itu, dalam usaha mentransformasikan Pendidikan negara, peranan guru adalah hal yang paling utama harus dititikberatkan terutama impak yang didapati pelajar. Hal ini kerana, guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi para pelajar. Guru juga secara tidak langsung berperanan menerapkan nili-nilai murni dalam diri pelajar bagi melahirkan modal insan yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


MELAHIRKAN MODAL INTELEKTUAL YANG BERSEDIA MENDEPANI CABARAN MASA KINI

            Modal insan yang intelektual ini dapat diwujudkan dengan adanya guru yang mempunyai kemahiran professional dan kecerdasan emosi yang bagus. Hal ini dapat meningkatkan kadar penghasilan generasi yang berpendidikan, cinta akan ilmu, mempunyai kemahiran serta berakhalak baik selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kesan peranan ini penting untuk membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia. Kemahiran yang perlu diberi penekanan adalah kemahiran berfikir dan konstruktif yang mana para pelajar dididik menggunakan minda dan pemikiran aras tinggi bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai modal intelektual tinggi sebagai persediaan menghadapi era globalisasi. Antara kemahiran professional yang seseorang guru perlu ada ialah kemahiran belajar, komunikasi, berfikir, ICT, merancang, menilai, mengurus pemudahcaraan dan juga kemahiran mengajar. Oleh itu, agar semua guru menguasai kemahiran ini demi perkembangan sistem Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengadakan pelbagai kursus smada jangka Panjang atau pendek agar semua guru dapat menguasai kemahiran ini dan mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.




MELAHIRKAN MODAL INSAN BERDAYA SAING

            Guru berperanan untuk mengasah dan mencungkil potensi dan bakat terpendam para murid. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai kemahiran dan kelebihan yang berbeza-beza. Sesetengah potensi dan bakat tidak perlu digilap namun terdapat sesetengah bakat terpendam perlu dicungkil. Oleh itu, guru berperanan menjadikan murid mengetahui kelebihan dan kekurangan diri murid agar kekurangan dan keleebihan tersebut dapat dibaiki dn tidak dipersiakan begitu sahaja. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan kurikulum sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada di dalam diri murid dengan memberi penekanan kepada pendidikan berasaskan nilai murni sperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan nilai merentas kurikulum. Guru yang mengendalikan mata pelajaran tersebut akan berperanan dalam mengenal pasti bakat murid dan seterusnya menggilap potensi mereka.


GURU BERTINDAK SEBAGAI ROLE MODEL

Nilai merupakan kriteria yang penting dalam mengukur atau dikenali sebagai kayu ukur mutu sesuatu perkara.Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Maka, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti   peribadi, profesional, dan   sosial   yang   baik   dan   murni   supaya   dapatmenjalankan   tugas   sebagai   pendidik   dengan   sempurna.   Sebagai   ibu   bapa   keduakepada   murid-murid segala   nilai   dan   tingkah   laku   guru   menjadi   contoh   teladankepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secaratidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guruyang   beriltizam   akan   menjadi   role   model   kepada   para   pelajarnya.   Secara   tidaklangsung, guru berkenaan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan semasa berada di dalam bilik darjah.


MEWUJUDKAN GENERASI YANG BERFIKIRAN KREATIF DAN KRITIS

            Guru merupakan individu yang paling penting dalam memastikan murid dapat berfikiran dengan mempunyai pandangan dari pelbagai sudut dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Guru perlulah sentiasa mencari cara dan kaedah yang mampu menjana pemikiran pelajar agar tidak hanya tertumpu kepada permasalahan sahaja namun dapat memikirkan kesan, kelebihan, kekurangan, fungsi sesuatu masalah itu agar dapat membalikkan keadaan daripada masalah yang memberikan keburukan kepada kelebihan kepada murid. Oleh itu,guru   perlu   mempunyai   kemahiran   dan sentiasa   berupaya   berfikir   secara   inovatif   dan   kreatif. Peranan   guru seterusnya   ialah   sebagai   pendorong   pemikiran   kritis   dan   kritis   anak   muridnya. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung   dapat   memperkasakan lagi   gaya pemikiran  anak   muridnya agar menjana   idea-idea   yang   bernas   dan   kreatif yang dapat   melahirkan   murid   yang kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.


GURU BERPERANAN SEBAGAI PEMBIMBING

Dalam mencapai matlamat FPK, Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah perlu memastikan muridnya mempunyai kemahiran menangani masalah yang dihadapi di dalam kehidupannya. Oleh itu, peranan guru sebagai pembimbing dan kaunselor sangat penting dalam memastikan pembangunan manusia dan pembentukan jati diri pelajar yang berilmu dan boleh berfikir untuk membawa perubahan kehidupan manusia ke arah yang lebih selesa dan sempurna. Guru yang bertindak sebagai pembimbing akan membantu muridnya seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi dan bersedia dengan kemahiran bimbangan dan kaunseling untuk membimbing pelajar dalam proses pembinaan modal insan yang menepati acuan seperti mana yang termaktub pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

 

            Kesimpulannya, dalam Hasrat kerajaan mencapai matlamat FPK agar menjadikan sistem pendidikan setanding dengan negara maju lain seperti Korea Selatan, Amerika Syarikat dan juga Jepun. Kerajaan tidak seharusnya lupa akan betapa penting dan besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar guru yang mencurahkan segala keringatnya demi memastikan sistem Pendidikan negara berjalan lancar demi kelangsungan murid-murid di Malaysia ini. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan ini mampu meningkatkan lagi sistem Pendidikan kearah lebih baik agar semua warganegara Malaysia mampu mendapat manfaat dan belajar dengan cemerlang sesuai dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

 





RUJUKAN

 

Zaini Abdullah. 2021. Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dasar. Perak

Yuvarani Subramaniam. (2013). Cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insanhttps://www.slideshare.net/yuvaranisubramaniam/penulisan-akademik

Mary Yap Kain Ching. (2015). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/74472/guru-berperanan-lahir-pelajar-capai-standard-global

https://pdfslide.tips/documents/peranan-guru-dalam-merealisasikan-falsafah-pendidikan-guru.html

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Terlebih dahalu kami mengucapkan terima kasih kerana melayari blog kami.  Izinkan kami memperkenalkan...